Tergelincir rakit bajunya kotor,
Di celah semak kaki tersepit,
Berhabis duit belikan motor,
Sudahnya anak buat merempit.
Dari bertatih sehingga melenggang,
Kemudian berjalan berlari mencicit,
Punya kekasih keliling pinggang,
Cukup sebulan perut dah buncit.
Rebus kancil sampai mendidih,
Jangan biar hingga tertumpah,
Masa kecil kehendakkan dadih,
Bila besar ketagihkan dadah.
Kelapa besar jatuh ke loteng,
Ambil sahaja jangan berebut,
Malas belajar asyik memonteng,
Duit tak ada belajar meragut.
Niat merompak di dalam kedai,
Akal benak tercuri gulai,
Mak bapak bergolok bergadai,
Menjamin si anak keluar balai.
Sampan Tok Chik dindingnya tembus,
Air pusar di tengah gelombang,
Kecik-kecik tak mahu mampus,
Sudah besar menyusahkan orang.
Bukan menghina bukan mengeji,
Hanya menulis sebagai tauladan,
Wahai remaja sedarlah diri,
Sebelum tertulis namamu di nesan.
Kredit kepada: Cerpelai




